Owner Post Them Follow Dash



Teacher-to-be
NSJ ;

Bonjour!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Jangan terlalu cepat menghukum

Assalammualaikum & Hi,
Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.
Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain?.
Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kata mereka, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan.
Apa yang saya dapat lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain ini, dia merasakan dirinya telah cukup baik dan punyai amal yang banyak. Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar begitu sahaja kerana akhlaknya yang buruk sesama manusia.
Kita adalah makhluk yang lemah, akal kita amat terhad. Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab tu kita tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah bersangka baik. Apa yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan punya badan, elakkan sangka menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan masalah.
Kesimpulannya, kerja menilai amal orang lain adalah kerja Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung. Kita sebagai manusia perlulah risau tentang diri kita dan orang tanggungjawab kita dahulu. Selalulah melihat kebaikan orang lain, dan lihat keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.